Tuesday, June 16, 2009

Aku Di Alam Tadika

Aku mula memasuki sesi persekolahan (Tadika) pada usia 4 tahun. Disebabkan aku memulakan pengajian Tadika terlalu awal, maka aku berkawan dengan orang yang lebih tua dari aku. Memang sikap aku suka berkawan dengan orang yang lebih tua...mungkin disebabkan oleh faktor inilah yang membuatkan aku cepat nampat tua dan mudah mendapingi atau mesra dengan orang yang lebih tua usianya dari aku berbanding dengan yang lebih muda.

Aku masih ingat lagi nama Guru Tadika aku iaitu Cikgu Che Lian dan Cikgu Fatimah. Cikgu Che Lian seorang yang lemah-lembut dan sering memberi perhatian kepada aku, maklumlah aku paling muda di Tadika tu. Cikgu Fatimah pula guru dan juga tukang masa ketika itu. Beliau sering masak masakan yang sedap-sedap. Kami semua suka kat dia tapi dia selalu kejar aku...nak tahu kenapa?

Aku cukup rajin pergi Tadika tapi bila lepas time makan mesti aku nak lari balik. Rutin aku hari-hari belajar sampai time makan sahaja tapi time belajar, memang aku belajar betul-betul. Bila aku lari keluar dari Tadika selepas waktu makan maka Cikgu Fatimah lah orang yang akan mengejar aku tetapi tidak dapat maklumlah pelari pecut kampung.

Sekarang aku sering berjumpa dengan Cikgu Fatimah kadang-kadang terjumpa kat pasar malam, kat jeti dan sebagainya tetapi aku dah lama tak pernah jumpa dengan Cikgu Che Lian. Aku terhutang budi dengan diorang.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun aku hanya melihat kawan yang umurnya dah 6 tahun meninggalkan aku kemudian seterusnya dan diganti dengan teman yang baru tetapi jiwa aku suka berkawan dengan yang lebih tua. Jiwaku memberontak ingin masuk ke sekolah rendah tetapi masih tidak layak lagi. Sabar aje laaaaahhh.

Diusia 6 tahun aku dah boleh membaca dengan lancar dan sudah mempunyai awek....cewah....alahhhhh budak-budak.....yang mana dia suka sebab rapat dengan dia tu dikira awek laaa...pada hal apa itu awek pun tak tau lagi....

Bersambung......

No comments:

Post a Comment