Wednesday, May 20, 2009

Jambatan Oh Jambatan.....



Apa dah jadi dengan Jambatan yang akan...akan...akan...dibina di Sungai Kuah?????

Sehingga kini, masih tiada perubahan....siapa yang harus dipersalahkan? Kita tidak suka menuding jari kepada sesiapa tetapi mengapa perkara begi berlaku di Langkawi sedangkan Langkawi merupakan tempat pelancongan yang terkenal di dunia....

Dari 1 PM ke 1 PM tetapi perkara ini masih tidak dapat diselesaikan...dari 1 parti politik yang memerintah Kedah kepada 1 politik lain pulak yang memerintah Kedah tetapi masih tiada penghujungnya....

Kepada pihak yang terlibat....diharap dapat berbuat sesuatu demi menjaga imej dan maruah Langkawi...Ini dah hampir penamat kepada musim "Low Seasons" dan akan masuk musim Arab pula pada bulan Jun ini sehingga bulan Ogos dan diikuti oleh Jepun, Eropah dan sebagainya akan melawat Langkawi di penghujung tahun namun benda yang sama masih seperti dahulu...

Apa kata pelawat yang datang pada setiap tahun ke Langkawi? Tidakkah kita malu dengan apa yang terjadi? Semestinya pelawat yang datang ke Langkawi pada setiap tahun akan merasakan sesuatu yang aneh berlaku atau ???????? Jawablah sendiri kepada sesiapa dan badan yang berkenaan.

No comments:

Post a Comment