AMALAN berkhidmat dan berbakti kepada ibu dan bapa mentaati mereka, menghormati mereka, berbuat baik kepada mereka atau melakukan apa saja yang boleh menyenangkan hati mereka adalah wajib dilakukan oleh setiap anak sepanjang masa dalam keadaan apa sekalipun, bukan bermusim dan tidak ada pasang surutnya. Oleh yang demikian itu, dalam masyarakat Islam tidak perlu diadakan acara perayaan Hari Ibu atau Hari Bapa. Adalah agak memalukan apabila ada hamba-hamba Allah di kalangan masyarakat Islam yang begitu ghairah mengadakan sambutan Hari Bapa dan Hari Ibu yang berasal daripada budaya Barat itu. Apakah mereka menganggap budaya Islam tidak lengkap dan agama Islam itu sendiri tidak syumul? Di mana jatidiri mereka?
Dalam Islam, tuntutan berbakti kepada kedua ibu bapa amat diutamakan. Dalam firman Allah, perintah berbuat baik kepada ibu bapa disebut mengiringi perintah menyembah Allah sebelum disebut perintah-perintah lain, sebagaimana dalam firman Allah yang bermaksud: "Sembahlah Allah dan janganlah kamu menyengutukan-Nya dengan suatu apa pun dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa kamu, kepada kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, ...." - (al-Nisa: 36).
Dalam al-Quran, ulangan perintah Allah Taala supaya menusia berbakti kepada kedua ibu bapanya terdapat dalam ayat-ayat yang lain. (Lihat ayat 14, surah Luqman dan ayat 15 surah al-Ahqaf). Tidak dinafikan, bahawa sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa itu merupakan agenda yang boleh menjanakan perhubungan baik antara anak dan ibu bapa. Akan tetapi dalam Islam sudah ada tarbiah dan pengajaran tentang amalan dan konsep berbakti kepada ibu bapa yang mencerminkan ketulenan dan keikhlasan, berbanding dengan cara sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa yang menampakkan kepura-puraan dan bersifat materialistik.
Lihat ayat-ayat al-Quran dan al-Hadis, di samping memberi galakan, Islam mengajar penganut-penganutnya tentang cara berbakti kepada ibu bapa, bukan saja kepada ibu bapa yang masih hidup tetapi juga kepada ibu atau bapa yang sudah mati. Berikut adalah petikan maksud ayat-ayat suci al-Quran yang berkaitan: · "Dan telah memutuskan Tuhanmu supaya janganlah kalian menyembah selain Dia, dan hendaklah kalian berbuat baik kepada ibu bapa kalian dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripada keduanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu atau kedua-duanya, maka sekali-kali janganlan engkau mengatakan "ah!" kepada kedua-duanya dan janganlah membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia (baik dan sopan). Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan, dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka berdua mendidik aku ketika kecil" - (al-Isra`: 23-24). ·
"Dan jika keduanya (ibu bapa) memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah engkau mengikut mereka dan (tetapi) bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang makruf (berbakti kepada mereka)" - (Luqman : 15). · ...
"bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu" - (Luqman : 14).
Anjuran dan ajaran berbakti kepada ibu dan bapa terdapat pula dalam riwayat-riwayat hadis. Tentang layanan dan penghormatan anak kepada ibu bapa, misalanya, Rasulullah mengatakan, bahawa memandang wajah ibu bapa dengan penuh kasih sayang adalah satu ibadah (Riwayat Abu Nuaim Daripada Aisyah). Tentang hak bapa yang perlu diakuri oleh anak, Rasulullah mengatakan, bahawa anak dan hartanya adalah milik bapanya (HR, Ibnu Majah Daripada Jabir). Tentang kesan daripada kerelaan dan kemarahan ibu bapa terhadap anak, Rasulullah memberitahu, bahawa kerelaan Allah terhadap seseorang adalah bergantung kepada kerelaan ibu bapanya dan kemarahan Allah juga berikutan daripada kemarahan ibu bapa (Riwayat Termizi daripada Abdullah bin Amir).
Setiap anak juga hendaklah berbakti kepada ibu bapanya yang telah meninggal dunia dengan mendoakan keampunan Allah untuk mereka. Dalam hal ini Rasulullah pernah menjelaskan bahawa seseorang bapa akan diangkat darjatnya di syurga berikutan dengan tindakan anaknya memohon keampunan untuk dirinya (bapa) - (Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Baihaqi daripada Abu Hurairah).
Di samping berdoa untuk ibu bapa, menziarahi kubur ibu atau bapa juga amatlah digalakkan. Rasulullah bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang menziarahi kubur kedua-dua ibu bapanya atau seorang daripada mereka pada setiap hari Jumaat, nescaya akan diampunkan dosanya dan ditulis sebagai orang yang berbakti (kepada ibu bapanya)" - (HR, Tabrani daripada Abu Hurairah).
Ternyata, dalam Islam, berbakti kepada ibu dan bapa itu merupakan amalan berterusan, bukan secara bersekala melalui acara perayaan tahunan. Umat Islam tidak disuruh mengadakan hari-hari tertentu seperti Hari Ibu dan Hari Bapa itu. Kempen Hari Ibu dan Hari Bapa itu mungkin hanya sesuai dengan keadaan masyarakat yang menghadapi krisis keluarga atau sedang mengalami keporakperandaan institusi keluarga seperti yang berlaku dalam masyarakat orang Barat. Dalam masyarakat kita, dengan kemantapan amalan tersebut mengikut ajaran Islam, kempen tersebut tidak diperlukan. Malah, masyarakat Islam tidak harus mengimport budaya Barat itu tanpa memikirkan implikasinya. Kita khuatir, kempen Hari Ibu dan Hari Bapa itu nanti akan melahirkan generasi akan datang yang hanya mewujudkan perhubungan baik dengan ibu bapa mereka pada masa yang tertentu saja. Lalu selepas itu, dalam jangka masa yang lebih panjang, mereka melupakan ibu bapa mereka. Lama kelamaan, kempen itu akan menjadi suatu faktor keruntuhan institusi keluarga dalam masyarakat Islam.

No comments:
Post a Comment