Monday, June 8, 2009

Tanggal 18 Feb 1979

Aku dilahirkan di sebuah pulau yang diberi nama Langkawi. Aku tidak mengerti apa-apa ketika itu apa yang pasti nama Ku ketika itu bukanlah nama sekarang. Disebabkan oleh nama yang tidak sesuai, aku sering menangis kerna nama yang dibawa oleh diri ini mungkin tidak sesuai. Namun pada suatu malam Emak dan Ayah membawaku berjumpa dengan seorang yang mahir dalam hal-hal kanak-kanak menangis tanpa henti ini. Jadi beliau menyediakan 3 helai daun sirih dan diletakkan di atas lantai. Setiap daun sirih tersebut mempunyai nama tersendiri. Kemudian, beliau membawa aku dan membiarkan tangan yang kecil ini ketika itu mengambil salah satu dari daun sirih tersebut. Jadi ketika itu aku mengambil daun sirih yang diberi nama itu dan kemudian namaku ditukar kepada nama yang telah diberi nama kepada daun sireh tersebut. Selepas itu aku tidak menangis lagi dan semenjak itu jugalah aku amat mudah ketawa dan pendek kata "Happy gold lucky".....

No comments:

Post a Comment