Monday, June 8, 2009

Di Usia 3 - 6 tahun

Sewaktu usiaku 3-5 tahun, aku hidup di dalam keluarga yang sederhana. Aku selalu mengikut ayah dan emak ke kebun getah kerana ketika itu duit untuk membayar upah mengasuh aku pun dah mencecah pendapatan mak ayah yang pergi menoreh.
Ketika itu, jika tidak salah harga getah beku @ orang kampung panggil "getah sekerap" hanya RM0.60 sekilogram. Nak makan apa? Lain lah sekarang, harga getah mencecah RM6 / Kg. Siapa yang menoreh mesti boleh hidup senang.
Aku masih ingat bagaimana ketekunan dan kegigihan Mak aku mencari nafkah. Pada jam 4.00am dia dah bangun untuk buat persiapan memasak kuih untuk diletakkan di kedai-kedai di kampung aku. Dalam jam 6.00am Mak akan bawa aku pi hantar kuih kat kedai.
Jam 7.00am Ayah, Mak dan Aku dah ada di dalam kebun getah. Aku masih ingat lagi ketika itu aku selalu suka main sorok-sorok @ orang kampung kata main "Aci Sembunyi". Aku ingat lagi saat itu...aku selalu sembunyi di balik pohon getah sambil memanggil ayah untuk dicari...aku selalu kata...."ayah...Cek takdak dah...."
Ayah aku pun buat-buat cari lah aku ni...pada hal dia nampak pun yang aku ni sembunyi kat belakang pokok getah tu.
Balik dari menoreh getah, lebih kurang jam 11am, Mak aku dah mula membasuh kain baju sehinggalah jam 12.30 dan dalam masa yang sama dia sempat lagi menanak nasi dan menggoreng lauk (ikan). Mak selalu akan masak kari @ gulai laaa. Aku akan pi ambik daun kari @ daun "karipole" untuk Mak buat gulai. Ini ialah masakan kegemarah ayah aku.
Pernah tak korang makan nasi campur minyak kelapa dengan garam?
Aku dah rasa semua itu, adakalanya ekonomi meleset disebabkan musim hujan, jadi Mak dengan Ayah tak dapat nak menoreh @ motong getah. Dalam 1 bulan kadang-kadang cuma 5 hari saja yang dapat motong getah. Mungkin korang yang pun tak tau kenapa bila hujan tak boleh nak motong? Pertama bila hujan, susu akan cair dan tidak dapat beku @ tumpah habis. Kalau hujan lebat waktu malam pun, pokok getah tak boleh ditoreh jugak sebab nanti pokok akan cepat mati.
Dalam keadaan begini, Ayah selalu pergi memburu pelanduk @ kancil untuk dijadikan santapan.
Ok, berbalik kepada Mak aku, bila habis saja dia basuh baju...lepas tu dia hidang makan tengahari pulak. Lebih kurang jam 2.00pm mak sibuk dok kemas dan basuh pinggan. Lepas tu dia pi sidai (jemur) kain baju pulak.
Selalunya aku akan lihat Mak dapat rehat hanya 1 jam dari jam 3.00pm hingga jam 4.00pm kadang-kadang sampai jam 4.30pm. Lepas tu dia dah mula menyapu sampah kat luar rumah, sediakan inti kuih untuk dimasak pada besok pagi lagi dan macam-macam lagi.
Aku cukup kagum dengan kegigihan Mak aku. Selepas Magrib, mak akan sediakan makan malam pulak. Habis makan malam dia nak kemas pulak. So dia akan berehat pada jam 11.00 malam. itu pun kalau Ayah nak kopi dia bangun bancuh kopi pulak. Bila aku dah dewasa, aku kenangkan kembali apa yang telah dilakukan oleh Mak dan Ayah untuk membesarkan aku dan adik beradik yang lain membuatkan aku sebak nak menangis.
Inilah rutin hidup Mak dan Ayah aku ketika itu. Aku tergambar lagi bagaimana aku menolong ayah menjemur kayu untuk dibuat kayu api. Aku akan susun bertingkat empat segi. Yang bestnya...bila Mak nak masak...akulah tukang tiup api dengan menggunakan buluh. Bila aku ingat kembali saat itu, aku dapat bezakan masakan menggunakan kayu api dengan gas yang mana lebih lazat. Semestinya yang menggunakan kayu api.
Aku selalu ikut Mak dan Ayah sembahyang berjumaah...bila hari Jumaat, Ayah akan pakaikan Serban (tu yang lilit kat kepala tu) sampai meleret ke betis...Alim sungguh aku ketika itu.

....Ikuti kisah seterusnya.....

No comments:

Post a Comment