Assalamualaikum semua....kisah kerjaya aku bermula begini...
Pada tahun 1994 aku berkhidmat di Pengkawi Trading sebuah syarikat yang membekalkan barangan dapur kepada Hotel di Langkawi....Kalau nak cerita panjang sangat....yang pasti memang teruk....
Kemudian diikuti dengan Sheraton Perdana Langkawi 5star Hotel
tapi kerjaku hanyalah sebagai Steward.....bagi yang tak tau jangan ingat steward mcm MAS plak...hahahayg ni cuci pinggan dan dapur....Time ni nak mengorat sapa pun tak mau....
Kemudian Tiara Hotel selaku Cashier....ok laa kawan2 banyak Philippines maklum laa owner bini Philippines.....
than aku kerja kat Tanjung Rhu tapi masa tu namanya Radisson Tanjung Rhu laa...sebagai Waiter...hari2 aku aku target RM50 paling kurang duit tips....kadang2 1 malam mencecah RM2k dapat.....kaya oooo masa tu...tapi tak beringat...hahaha jiwa muda biasa laaa....
Tahun 1999 - 2002 aku kerja kat Grand Blue Wave....masa ni hotel ni baru oooo....aku study kat UiTM Shah Alam time ni....maklumlaaa aku ni orang susah jadi kena kerja laa...so aku masuk Banquet....start keja 6pm everyday tapi rabu aku cuti laa sebab boleh pi tgk wayang kat Sunway Piramid....mewah oooo
Lepas dapat Degree aku ditawarkan bekerja di Koleh swasta ni laa....so aku dilantik sebagai Dekan Fakulti....hebat ooo tapi gaji tak sampai RM2k pun masa ni...tapi kira ok laaa
than niat aku nak balik Langkawi tercapai sebab ditawarkan bekerja sebagai Pembantu Pegawai Buruh....aku ditawarkan kontrak 1 tahun...time aku masuk ni...time ni selalunya akan diserap tapi malang sbb pertengahan tahun Kerajaan umum tak akan ada lagi serap menyerap ni....so habis aku terpaksa cari kerja lain....
than aku dapat kerja sebagai:
Pensyarah di Millenium Ark (Kolej Swasta MLVK) aku buat jer laa sebab baru kawin dan kebetulan aku ada kelulusan PBB, PPD dan PP so layak laa aku mengajar disini.....tapi selepas 1 tahun tutup laa plak...time ni aku teruk sikit sebab wife aku nak bersalin dan of coz memerlukan duit untuk pampers, susu dan mcm2 lagi laa....aku terpaksa cari kerja cepat....jadi aku minta sana dan sini namun semuanya memberi jawapan "Over Qualified" sebab aku minta jawatan biasa saja sbb jwtn ok sikit tu tak ada kosong so aku kena laa tipu sikit dengan membawa sijil SPM saja kali ni....so aku pi minta di Langkawi Village Resort.
Aku ditawarkan sebagai Front Office Asstn dan gaji ikut SPM laa...waktu interview HR dia time tu nama Yus...dia tanya apsal U dapat result SPM cantik tapi tak sambung belajar? So aku tipu laa yg aku ni nakal time tu dan tak nak sambung belajar....so aku diterima.
Bila dah masuk kerja aku kena buat semua...akulah FOA, aku lah Bellman, akulah Driver, akulah Telephone Operator dan aku lah merangkap Supervisor buat Focus dan Business Segment....tapi semua ini menjadi pengalaman yang cukup berguna kepada aku.....kemudian pihak pengurusan dapat tau yg aku ada Degree....so aku kena panggil dengan HR sebab menipu....tapi diorang offer aku masuk Finace....aku kata aku tak nak sbb aku suka dengan kerja skrg padahal aku tunggu panggilan dari tempat lain....than Berjaya Langkawi Beach & Spa panggil aku masuk sebagai HR Trainee....
Di berjaya aku jadi HR Trainee selama 2 bulan than aku diserapkan ke jawatan HR Asstn....aku kerja dalam 5 bulan aku dah diberi handle 1 kes IR dan aku berjaya...than aku dinaikan menjadi HR Officer...dan aku mempelajari pelbagai kes yang terpaksa aku handle sehinggakan 1 bulan aku kena buat Domestic Inquiry sebanyak 4 ke 6 kes.....tapi mencabar dan aku belajar banyak....kemudia aku berhajat untuk buka business sendiri...so aku membantu kawan aku yang ingin membuka spanya sendiri....setelah siap dia minta aku jadi Spa Manager sebab aku minat nak meniaga....time ni wife aku bersalin anak kedua....aku tidak mampu menanggung kos sara hidup jika dengan 1 pekerjaan sahaja...so Spa buka pada jam 12noon jadi di pagi hari aku pergi menoreh getah sebab tak nak family aku susah dan aku mahukan yang terbaik untuk keluarga aku....so aku buat laa dua kerja....Alhamdulillah aku mampu menampung kos perbelanjaan rumahtangga dan isteri aku turut membantu.
Kemudia aku dapat 1 partner yang berhajat nak buka Spa di Langkawi...jadi aku jd partner dia sebab aku mempunyai pengalaman dalam bidang Spa...aku ditawarkan Gaji pengurusan dan share sebanyak 5%. Jadi aku run 5 Spa di Langkawi 2, di Tioman 1, di Kenyir Lake 1, di KL 1 dan di Alor Setar 1....namun yang sedihnya...Spa kami cukup menguntungkan tetapi aku hanya dibayar gaji pengurusan...aku tidak pernah merasa share aku yg 5% tu....jadi aku buat keputusan untuk mencari sumber pendapatan baru.....
So aku ditemukan dengan Mazlin Abdul Malik selaku GM Menara Alor Setar oleh sahabatku Hamzawi Soho....kemudian Mazlin minta aku bagi resume sebab nak bagi kat CEO iaitu Dato Zulkepli Mohamad. Dato luluskan permohonan dan panggil interview...dan aku berjaya berkhidmat dengan Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd....
Dengan MKL aku run segalanya dari A-Z so aku belajar banyak...onak duri aku tempuhi dan aku berjaya menjadi seorang yang dikenali di Alor Setar. Setelah hampir tujuh tahun aku berjauhan dengan family aku...so aku buat keputusan untuk pulang ke Langkawi.
Than aku dapat tawaran di HIG sebagai Pengurus Kompleks...disini aku rasa cukup bangga kerana dapat membantu syarikat anak Langkawi yang boleh dikatakan kuat di Langkawi. Than mission aku sudah selesai apabila Kompleks membeli belah sudah beroperasi dengan sempurnanya....aku pun berhajat untuk berhijrah ke Syarikat baru....
Maka tanggal 1 September 2013 bermulalah tugas baru aku sebagai COO di Bin Ali Group Sdn Bhd. Di sini banyak perkara yang perlu dilakukan dan inilah Challenge yang aku cari.....biar aku lakukan sesuatu di sini agar syarikat ini menjadi terkenal dan mampu berdiri di papan BURSA......tungguuuuu
Get my respect bro
ReplyDelete