Tuesday, July 14, 2009

Dimana Maruah Kita?

Di sini saya ingin membawa satu cerita yang telah diceritakan kepada saya oleh seorang hamba Allah sewaktu saya berada di Kuala Lumpur baru-baru ini. Beliau dengan penuh rasa terharu dan bertanggungjawab menceritakan kepada saya mengenai seorang pelajar IPTA yang ditipu sehingga tiada wang untuk pulang ke kampung, tiada tempat berteduh dan tiada wang untuk mendapatkan makanan.

Beliau tinggal disebuah Surau di Kuala Lumpur sementara menantikan barang siapa yang dapat membantu beliau. Namun telah beberapa hari beliau di Surau tersebut, tiada siapa yang membantu beliau. Suatu hari datang seorang Cina menanyakan kepada beliau, apakah masalah beliau? Beliau dengan penuh harapan menceritakan kesusahan beliau kepada Cina tersebut. Cina tersebut lalu membawa beliau untuk mendapatkan makanan kepada Hamba Allah ini.

Apa yang memeranjatkan beliau, Cina tadi membawanya ke sebuah gereja berhampiran dengan Puduraya. Beliau bertanya kepada Cina tersebut, kenapa membawa beliau ke mari? Cina tersebut memberitahu beliau bahawa di gereja ini menyediakan makanan percuma kepada sesiapa sahaja yang berada dalam kesusahan dan kesempitan. Lalu beliau pun masuk dan mendapati ramai lagi yang beragama Islam turut berada di dalam bagi mendapatkan makanan.

Apa yang saya ingin HAIRAN...kenapa gereja sanggup berbuat demikian? jawapannya untuk menarik agama lain bagi mengikuti ajaran mereka.

Namun yang menyedihkan, kenapa tiada Masjid yang menyediakan makanan untuk orang yang susah dan sebagainya? Sedangkan kita mempunyai ketipan zakat, sedekah untuk masjid dan sebagainya?

Renung dan fikirkan........semoga kita dapat sama-sama menjaga maruah agama kita dan menunjukkan contoh yang hebat dan ikhlas kepada lain-lain agama.

No comments:

Post a Comment