Monday, May 25, 2009

Betapa Kreatifnya Lim Goh Tong

Cuba kita lihat betapa kreatifnya Lim Goh Tong...Gunung yang tak disangka-sangka menjadi tempat tumpuan kepada keluarga yang begitu dasyat sekali....Pada mulanya semua orang menganggap beliau gila tetapi apa kesudahannya??? Tengoklah sekarang...orang yang dikata gila boleh mewujudkan satu bandar yang hebat di atas gunung yang tidak dapat kita gambarkan. Oh ya...mungkin ada yang kata "dia dapat lesen Kasino sebab tu dia boleh buat..." tapi cuba kita kaji berapa banyak kasino yang lingkup...apa yang saya nak syer di sini, kegigihan, keazaman, keinginan untuk maju, dan tidak putus asa adalah tunggak kejayaan seseorang.

Sedar atau tidak...pernahkah anda fikir, bagaimana kesusahan beliau sewaktu ingin membina bandar Genting Highland yang ada sekarang ini? Bayangkan bagaimana dengan tiada bekalan elektrik, air dan sebagainya...selepas itu apabila beliau berjumpa dengan Taukeh Kasino di China, beliau tidak dipandang walaupun sebelah mata dan akhirnya beliau sendiri yang menjayakannya...saya cukup kagum dengan apa yang telah beliau lakukan. Beliau tidak pandai menulis, membaca, berbahasa inggeris tetapi berjaya....apa yang paling penting "Commitment" yang ditunjukkan oleh beliau patut dicontohi.

Wahai rakan dan sahabatku sekalian, marilah kita majukan diri kita...ingat kata-kata Tun Dr. Mahathir "Perjuangan kita belum selesai"...masih banyak yang boleh kita lakukan....fikir-fikirkanlah...





















No comments:

Post a Comment