Tuesday, September 11, 2012

Pengusaha Ferry Cekik Darah.....

Tak tau laa nak kata apa dah....tiap2 tahun kata tak untung....tup tup...beli ferry baru tambah lagi....lepas tu dok kata tak untung situ laaa....tup tup plak buat hotel plak....kalau tak untung nak beli ferry dengan buat hotel mcm mana??? renung-renungkan....selamat beramal......


IFTAR @ JETTY PELANCONGAN LANGKAWI

Di suasana petang yang indah sambil menikmati sunset yang cukup memukau, udara yang segar dan bersih....inilah kelebihan Pulau Langkawi.....

Berlatarkan keindahan pulau-pulau yang mengelilingi Pulau Langkawi....kapal-kapal layar....bagaikan terlalu mewah untuk digambar.....dan permandangan yang cukup mahal yang sanggup dibayar oleh pelancong-pelangcong asing mahupun tempatan....tetapi aku sebagai anak Langkawi menikmatinya dengan percuma....aku banggsa menjadi anak Langkawi....

Hidangan berbuka yang cukup segar....ikan yang segar sehinggakan kita dapat rasa manisnya, isi yang masih pejal....bayangkan betapa mewahnya nikmat Allah....


Tomyam yg hampir sama dengan rasa dengan masakan di Hatyai....cukup membuka selera....

Telur dadar yang empuk cukup untuk menitiskan air liur....sesungguhnya sedaaapppplaaahhhh....hehehe...saja nak kasi panas kawan2 yang kat seberang sana......jangan marah ekk....

Kenangan 2008

With Mior, Awie, Man, Mie, Abg Cik, Akie, Yon dan member2 lain kat Batu Hampar Yan....

Beraya @ Rumah Ali Deen


Raya With Ameen Juniors....Si Twin




Obama Tidak Lagi Menghadapi Halangan Warna kulit Untuk Pemilihan President Penggal Keduanya

Obama adalah seorang pemidato hebat, namanya dikatakan sebaris dengan bekas-bekas presiden Amerika yang dikenali sebagai pemidato hebat seperti Bill Clinton, Andrew Jackson, John Kennedy, Abraham Lincoln, Ronald Reagan dan Franklin Roosevelt.

Perbezaan antara Obama dengan bekas-bekas presiden yang disebutkan tadi hanyalah pada warna kulitnya sahaja. Walaupun dalam perlembagaan Amerika yang menganut amalan politik demokrasi itu, tidak menghalang siapa sahaja untuk menjadi presiden tetapi rakyat Amerika yang majoriti berkulit putih masih sukar untuk menerima orang kulit hitam untuk menjadi presiden mereka.

Pada pemilihan presiden tahun 2008, Obama yang berkulit hitam bersaing dengan John McCain dari parti Republican yang berkulit putih. Kalau dilihat dari segi kebolehan dan meritokrasi, Obama jauh lebih hebat dari John McCain, tetapi halangan yang paling besar dihadapi oleh Obama ketika itu untuk menang dalam pemilihan itu ialah warna kulit beliau. Andainya Obama berkulit putih, sudah pasti Obama dapat mengalahkan John McCain dengan begitu mudah.

Saya percaya pemilihan presiden Amerika yang akan berlangsung pada 6 November 2012 ini yang merupakan pemilihan presiden penggal kedua bagi Obama, kemenangan akan berpihak kepada beliau. Saya berani mengatakan Obama kali ini akan menang secara mudah kerana pada pertandingan kali ini, rakyat Amerika tidak lagi melihat kepada faktor warna kulit.

Obama semasa menjadi presiden telah dapat mempamirkan dirinya kepada rakyat Amerika bahawa beliau sama sahaja seperti presiden-presiden kulit putih sebelum ini. Dia telah membuktikan, dia menjadi presiden kepada rakyat Amerika bukan menjadi presiden kepada warga kulit hitam Amerika. Dia telah memperjuangkan kepentingan rakyat Amerika keseluruhannya, bukan terbatas kepada kulit hitam sahaja.

Mungkin disebabkan warna kulit hitamnya itu juga, Obama mempunyai kelebihan, beliau mempunyai sikap menyenangi Negara-negara Asia yang jarang ada kepada presiden-presiden Amerika sebelum ini. Di bawah pentadbiran Obama, Amerika mempunyai dasar luar yang lebih mesra Asia.

Walaupun dasar Negara Amerika tidak membeza-bezakan warna kulit, tetapi diskriminasi terhadap warga kulit berwarna yang minoriti itu masih tetap berlaku dalam masyarakatnya.

Itulah Amerika, walaupun anak-anak mereka yang berbagai warna kulit bersekolah di sekolah yang sama, menggunakan bahasa yang sama sejak beratus tahun lamanya, tetapi masih juga tidak dapat mengikis sepenuhnya amalan apartheid. Apapun, sekurang-kurangnya mereka telah berusaha menghalang secara undang-undang dan menghalang faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada amalan diskriminasi kaum dan apartheid.

Sebaliknya kita di Malaysia, dengan secara sukarela menjemput dasar apartheid dengan mengasingkan anak-anak kita bersekolah di sekolah mengikut kaum.

PTPTN Ijazah Kelas Pertama Tidak Perlu Bayar Baki Pinjaman


PTPTN Ijazah Kelas Pertama Tidak Perlu Bayar Baki Pinjaman. Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mendapat Ijazah Kelas Pertama sehingga Disember 2011 dikecualikan daripada membayar balik baki pinjaman tersebut.

Ini bermakna pinjaman tersebut ditukar status menjadi biasiswa dan seramai 11,764 peminjam yang layak dikecualikan daripada pembayaran balik pinjam PTPTN dengan jumlah bayaran melebihi RM339 juta.

Daripada jumlah itu, 8,818 pelajar adalah berketurunan Cina, 2,347 berketurunan melayu, 456 berketurunan India, 50 berketurunan Bumiputera Sabah, 34 berketurunan Bumiputera Sarawak dan 59 berketurunan lain-lain.

Daripada keseluruhan 887,376 peminjam, seramai 742,924 peminjam yang sedang membayar balik pinjaman dengan nilai hampir RM3 billion. Jumlah peminjam itu merupakan 83 peratus daripada keseluruhan peminjam. Berdasarkan rekod bayaran balik peminjam, Timbalan Menteri Belia dan Sukan mendakwa PTPTN tidak menjadi satu bebanan kepada peminjam dan ia cuma mainan politik. Namun beliau tidak menolak kemungkinan bahawa terdapat penambahbaikan perlu dilakukan terutama berkaitan dengan cas pentadbiran.

Pengecualian yang mengikut sistem merit ini nampaknya cukup adil bagi pelajar yang bersungguh-sunguh semasa mereka sedang belajar. Baki 17 peratus peminjam yang masih belum membuat pembayaran PTPTN mungkin menghadapi masalah pekerjaan ataupun baki PTPTN yang sudah terkumpul terlalu banyak sehingga mereka merasakan tidak mampu untuk membayar lagi.

Namun demikian, tiada maklumat lanjut mengenai penguatkuasaan pengecualian pembayaran ini setakat ini. Peminjam Ijazah Kelas Pertama boleh menghubungi terus pihak PTPTN untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya.